


Malu.... semua mata memandang





Permulaan kisah hidupku.....
Cinta...... ? cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung.
Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda , tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada anda, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda " sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka , dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku.
Iktibarlah dari keutuhan cinta ini. ia kekal abadi & suci. Cinta Allah yang maha pencipta itu tidak memilih siapa, rupa , gaya & bagaimana keadanya . Cintanya boleh direbut oleh sesiapa saja. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malah berkekalan terus. Bandingkan lah dengan cinta manusia yang biasanya bermusim & ada batasnya. Sewaktu disenangi dicintai apabila jemu @ benci " selamat tinggal " hadiahnya. Namun begitu
| dalam hidup setiap manusia pastinya ingin disayangi & menyayangi , itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.... bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama & kerana cinta maruah tergadai. Ketahuilah ....gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.... benarlah kata-kata " cinta itu buta " cinta itu mampu membutakan mata & hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu & tidak kerana Allah SWT.... Sebelum kau mendekati cinta .... cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah... semoga di sana mampu melahirkan rasa keagunan & kehebatan terhadapNya & timbul rasa cinta & kasih pada pencipta mu..... Mencintai Allah & rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki & abadi kerana hati yang pecah & retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak & terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali .... Dalam seusiamu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal & mampu membina syakhsiah muslimah mu...... sesungguhnya ilmu itu cahaya & ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. " Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal , kecewa, menderita & tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian & kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri " kata-kata Rabiatul Adawiah. |
Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia. Tiadalagi suatu rasa pun yang boleh memotivasi manusia kecuali rasa cinta & bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Bercintalah sehebat manapun , selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun , serta pasangan Romeo & Juliet . Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa beriman malah berperibadi mulia.
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi.
Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untunya.
Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapanya adalah kerukunan & persefahaman yang berpanjangan
Posted by Anis Farisha at 4:24 AM 0 comments
Apabila memperkatakan soal jodoh atau pasangan timbullah persoalan:
Apakah jodoh atau pasangan itu dipilih atau ia penentuan takdir semata-mata? Berbagai telahan diberikan ada yang mengatakan bahawa jodoh itu, ketentuan Allah dan manusia perlu akur dengan kehendak-Nya dan ada pula yang mengatakan pasangan itu perlu dipilih di cari dan diselidiki
ia bukannya penentuan takdir semata.
Sebenarnya, manusia dikehendaki berikhtiar untuk mendapat sesuatu dan Allah memberikan ikhtiar itu kepada manusia. Menerima takdir semata-mata bukanlah bererti menunggu tanpa ada usaha untuk mendapatkannya, untuk mendapatkan sesuatu ia mestilah diusahakan kemudian barulah menyerahkan segalanya untuk takdir menentukan sama ada baik atau buruk juga berjaya atau tidak. Begitu juga dengan jodoh, walaupun Allah S.W.T sudah menentukan siapakah bakal pasangan seseorang, namun usaha untuk mendapatkan yang terbaik tidak boleh diabaikan.
Dalam soal pasangan ini, Islam tidak membiarkan manusia bertindak sendiri kerana soal pembinaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Oleh yang demikian Islam memberikan beberapa garis panduan kepada manusia untuk membina rumahtangga dan keluarga yang
bahagia dan ini termasuklah panduan dalam memilih pasangan yang sesuai.
Setiap orang ingin memiliki isteri atau suami yang boleh membahagiakan rumahtangga. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam satu hadisnya yang masyhur bermaksud:
"Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan kerana keagamaannya. Maka utamakanlah yang beragama nescaya kamu mendapat kebahagiaan".
Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang ciri-ciri yang biasanya menjadi asas pertimbangan dalam memilih isteri. Walau bagaimana pun Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa ciri keagamaanlah yang perlu diutamakan dalam melakukan pemilihan.
Penegasan terhadap keutamaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
Posted by Anis Farisha at 4:19 AM 0 comments