Demam Campak
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola )
adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan
saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat
mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan
hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
Demam tinggi
Batuk, selsema dan sakit tekak
Mata berair dan sensitif kepada cahaya
Sakit otot
Ruam demam campak
Dua
atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan
kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan
kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat
tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu
sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak.
Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang
disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan
berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan
kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama
golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum
sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
Jangkitan pada telinga
Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
Jangkitan pada otak (encephalitis)
Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
Panadol untuk mengurangkan demam
Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh.
Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika
berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab
ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda
terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan
Sunday, May 27, 2012
25.5.2012 - demam campak
Posted by Anis Farisha at 2:28 AM 0 comments
Sunday, May 20, 2012
gambar ifwat
ifwat.. sedang menyanyi
gaya apa ya ni?? merenung masa hadapan yang cerah..
suka sangat tdo meniarap
baru bangun dari tidur ni..
banyak sangat ubat.. bulan ni demam je dia.. rasa2 hampir 300 utkbeli ubat saja.
tapi tak nak makan.. siap tutup mulut rapat dan nangis lagi..
seorang profesor junior sedang membuat kajian...
tekunnya dia...
mana lebih besar???
wow!! anak siapa ni?? ayunya dia...
sedang menangis untuk tidur...
dapur mummy yang belum siap...
Posted by Anis Farisha at 3:05 PM 0 comments
Tuesday, May 8, 2012
ifwat : 181-240 (8 bulan)
Bulan kelapan: Bayi
mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda
bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang
mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.
Perkembangan bayi pada usia 8 bulan
Duduk,
merangkak dan berdiri
Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah
mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin
sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan
menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan
kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh
menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot.
Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan
kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan
menggunakan perabot untuk bergantung.
Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.

Menggunakan
tangan
Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan
menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda
juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan
menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar
membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek.
Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian
yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari
pertama dan jari keduanya.
Sifat
semakin emosional
Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda
mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada
orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan.
Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru
emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama.
Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula
menangis.
Apabila
berpisah
Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula
menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda
akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing,
terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat
dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka
melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui
pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda
membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu
bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang
lain.
Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.
Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.

Mengeksplorasi
objek
Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan
menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara
pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa
kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok
sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling,
dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan
ini akan measyikkannya.
Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.
Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya.

Penglihatan
yang semakin baik
Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang
dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak
dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah
cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.
Posted by Anis Farisha at 9:46 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)