BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 28, 2011

TEKNIK MENYUSU BAYI

MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya.

Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.

Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ke-3 dan ke-4. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini d inamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’. Jangan risau, bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.

Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menysus bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.

  • Kedudukan Badan

Pastikan anda selesa. Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan ATAU duduk bersandar di atas kerusi.

Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sebingga susah ia mencapai punting untuk menyusu. Dan janganlah terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.

Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merehatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.

  • Cara memegang bayi

- Bayi dipegang rapat dengan anda
- Bayi diampu dengan baik
- Bayi berhadapan dengan anda
- Mulut bayi berada di bawah punting bila anda bersedia untuk menyusunya
- Kepada, leher dan belakang bayi lurus

Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila menyusu.

  • Bagaimana bayi menyesuaikan mulut bila menetek

    Pastikan bayi anda sendiri mencapai punting anda. Bila bayi mencapai punting anda pastikan :

- Mulutnya terbuka luas
- Bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitar punting.

0 comments: