Demam Campak
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola )
adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan
saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat
mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan
hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
Demam tinggi
Batuk, selsema dan sakit tekak
Mata berair dan sensitif kepada cahaya
Sakit otot
Ruam demam campak
Dua
atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan
kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan
kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat
tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu
sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak.
Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang
disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan
berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan
kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama
golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum
sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
Jangkitan pada telinga
Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
Jangkitan pada otak (encephalitis)
Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
Panadol untuk mengurangkan demam
Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh.
Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika
berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab
ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda
terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan
Sunday, May 27, 2012
25.5.2012 - demam campak
Posted by Anis Farisha at 2:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment