Bulan
kedua belas:
|
Sekarang bayi itu bersiap sedia
untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan
digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia
boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.
|
Perkembangan bayi anda pada usia 12 bulan
Langkah-langkah
pertama bayi
Pencapaian bayi yang paling utama sudah hampir tiba – pada
bila-bila masa di bulan ini bayi anda mungkin akan mula mengambil
langkah-langkah pertamanya (sesetengah bayi tidak akan berjalan untuk beberapa
minggu atau bulan lagi, jadi janganlah risau sekiranya status bayi anda belum
lagi berubah kepada bayi yang boleh berjalan pada bulan ini).
Kebanyakan kanak-kanak mengambil langkah awal mereka dengan berjengket sambil mengarah
kaki mereka ke luar. Sudah tentu anda tidak mahu terlepas peluang untuk
mencatatkan saat ini, jadi bersedialah dengan kamera anda. Pada waktu ini juga,
bayi anda sudah pandai makan sendiri dan menggunakan sudu, walaupun belum
begitu cekap dan makanan seringkali tidak sampai ke mulutnya.
Permainan
baru bayi
Pada masa ini, permainan bayi anda mula berubah dari
permainan yang membangunkan kemahiran motor halus (dia sudah mahir mencengkam
dengan ibu jari dan jari telunjuknya) dan mula beralih kepada permainan yang
melatih otot-otot yang lebih besar. Sesetengah kanak-kanak pada umur ini sudah
boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang senyap selama dua
hingga lima minit – walaupun bayi anda mungkin lebih gemarkan permainan yang
bukan jenis senyap.
Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.

Memudahkan
waktu tidur
Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi
ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk
berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan
untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda
meragam semasa waktu tidur.
Mengikuti rutin tidur yang tetap, seperti mandian atau membaca buku cerita sebelum tidur, mungkin boleh membantu bayi anda tidur. Elok jika diadakan ”urutan” yang konsisten bagi rutin tidur ini. Berikan bayi makan, mandikan dia, pakaikan pakaian tidur, bermainlah dengannya, atau bacakan buku cerita, atau nyanyikan lagu, mainkan muzik dan kemudian barulah baringkan dia di katilnya. Apa sahaja langkah yang diambil, jadikan ia satu rutin yang tetap, yang juga memberikan anda dan bayi anda masa yang lebih panjang untuk bermesra dan berehat. Anda juga boleh bersilih ganti menjalankan rutin tidur ini bersama suami anda (anda mandikan bayi, suami anda membacakan buku cerita dan lain-lain cara) pada setiap malam, atau, untuk meringankan tugas dan membenarkan anda berdua berehat beberapa kali seminggu, cuba menidurkan bayi anda secara bergilir-gilir.

Sukar
berpisah
Beberapa bulan kebelakangan ini, anak anda mungkin
menunjukkan perangai meragam disebabkan bimbang berpisah. Ini perkara biasa: dia
menyayangi anda dan memerlukan anda, jadi dia akan berasa tertekan apabila anda
meninggalkannya. Untuk memudahkan proses pemisahan, cuba minta pengasuh datang lebih awal supaya bayi anda
mempunyai masa untuk membiasakan diri dengannya. Tinggalkan dia secara
bersahaja saja dan jangan menyulitkan keadaan dengan memanjangkan ucapan
selamat tinggal anda; lakukannya dengan cepat, iaitu hanya dengan satu ciuman.
Bayi anda akan berhenti menangis apabila anda hilang dari pandangannya.
Anda boleh membantu bayi anda untuk lebih berdikari dengan tidak menunggu dekatnya setiap masa. Jika dia bertatih ke bilik yang lain, tunggulah beberapa minit sebelum mengikutinya. Jika anda pergi ke bahagian lain dalam rumah anda, panggil bayi anda datang kepada anda apabila anda sudah berada di bilik itu – dan jangan bekejar-kejar kepadanya setiap kali dia menjerit. Bukanlah perkara yang terbaik untuk bayi anda untuk mendapat kebebasan sepenuh daripada ayah dan ibu; anda tentu mahu dia memahami yang dia boleh bergantung kepada anda bila-bila masa, dan, walaupun dia menyedari kehadiran dan pemergian anda, ini tidak begitu mengganggukan dia.

Lebih
memahami bahasa
Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa
perkataan selain ”mama” dan ”dada”, didapati kebanyakan bayi yang berusia satu
tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada yang betul walaupun
kedengaran seperti bahasa asing.
Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah “Di mana mulut kamu?” dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, “Tolong ambilkan cawan” dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan “tidak”.
Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata “sila” atau ”boleh ke?” dan “terima kasih”. Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.

Memberi
nama kepada benda-benda
Anda memainkan peranan penting dalam membantu bayi anda
menghubung kaitkan objek dan nama sesuatu objek itu - semakin kerap anda
melakukannya, semakin cepat perbendaharaan kata bayi anda akan berkembang.
Sentiasalah bercakap dengan bayi anda dan menamakan benda. Apabila menaiki
tangga, kira bilangan tangga satu persatu dan jika berada di pasar raya
tunjukkan nama dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada. Bacakan buku
bergambar dan minta dia tunjukkan atau namakan objek yang dikenalinya. Pastikan
anda memberikan dia pilihan sekali-sekala. Tanya bayi anda sama ada dia mahu
memakai stoking berwarna merah atau biru; dia hendak bermain dengan bongkah
atau gegelung bertingkatnya. Dia mungkin tidak akan menjawab, tetapi
kemungkinan juga dia akan menggembirakan anda dengan menjawab apabila tidak
dijangka.
0 comments:
Post a Comment