Tidur amat penting bagi perkembangan si manja. Bayi akan tidur
selesa sekiranya lampin yang dipakai sentiasa kering, perut kenyang dan
suhu bilik yang selesa (sederhana). Namun begitu, bayi akan menangis dan
meragam sekiranya ada masalah angin atau kembung perut. Oleh itu, bayi
perlu disendawakan dan menyapu minyak telon di dada dan perut supaya
masalah ini tidak mengganggu tidur bayi.
Terdapat 4 cara untuk menidurkan bayi:
Tidur Di Buaian.
Gunakan
sarung kain jarang atau jaring supaya aliran udara dapat keluar dan
masuk. Lapik dengan tilam nipis dan bantal. Pastikan bayi tidak
tenggelam dan hidungnya tidak tertutup dengan tilam dan bantal tersebut.
Tidur Di Paha
Letakkan
tilam kecil dahulu sebelum meletakkan anak anda. Tepuk paha bayi sambil
menggoyangkan lutut anda. Bayi akan lena sama seperti dibuai.
Tidur Di Dakapan.
Ada
dua cara menidurkan bayi dalam dakapan. Cara berdiri dengan meletakkan
kepala bayi di dada anda, peluknya dengan kemas dan berjalan sambil
mendodoikannya. Satu lagi adalah dengan meniarapkan bayi di dada anda
dalam keadaan anda berbaring.
Tidur Sendiri Atas Katil.
Baringkan bayi dan tepuk pahanya perlahan-lahan di atas katil. Cara ini paling mudah untuk anak tidur lena.
p/s:
Jangan biarkan anak tidur sendirian kerana kematian boleh berlaku di
mana-mana tanpa kita sedar. Perhatikan anak yang tidur
sekurang-kurangnya 5 minit sekali bagi mengelakkan kemungkinan yang
tidak diingini.
Sunday, October 7, 2012
Cara Tidurkan Anak
Posted by Anis Farisha at 8:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment