Antara petua-petua yang boleh membuatkan bayi tidur lena di waktu malam. Insya-Allah
1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia, malah bayi begitu mudah
dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan meragam akibat
kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan balm pada
bahagian yang tidak selesa.
2 . Ruam adalah salah satu masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang
biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian
kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai
buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu
malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena.
3 . Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi meragam
dan tidak tidur lena. tidur secara meniarao di samping sapu ubat khas di
bahagian perut.
4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan
pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana
kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.
5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam dan mudah
terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan
membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis.
Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.
6 . Batuk membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik tidak terlalu
sejuk dan beri ubat batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur lena.
Pastikan juga bilik bersih dari habuk kotoran.
7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak selesa,
menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti
ais. Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang.
8 . Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak
langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya
apabila sampai waktunya.
9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur dengan
cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur
yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.
10. Posisi bayi tidur secara telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini membantu bayi tidur lena.
11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.
12. Elakkan bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu tempat untuk dia bermain.
13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya dengan perlahan supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu mendesak.
14. Secara tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit perut
bayi yang boleh menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar
perut bayi. Gunakan tungu yang kecil.
15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan
gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan
gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.
16. Mandikan bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar
dengan haruman wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan
makanan berkhasiat dan susu sebelum tidur.
17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak zaitun atau losyen
boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan lakukan secara
konsisten.
18. Jika bayi terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Segara lihat
lampin perlu ditukar atau bayi berasa panas atau sejuk. Jangan bercakap
ataupun membuka lampu.
19. Bayi menangis dengan tiba-tiba walaupun baru setengan jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia tidur semula
20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan masalah
bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh
dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.
21. Bau aromaterapi di seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang pada bayi.
22. Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk bayi.
Selimut yang tebal membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu
malam.
23. Jika anda kaki tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu
tidur bayi. Bayi begitu sensitif pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.
24. Jika bayi pramatang pula, baju yang berlengan panjang, seluar
berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi ini sangat sensitif
dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti penyakit.
25. Jika perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur bersama-sama
bayi. Bau badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan
sekelilingnyaselamat dan usah bimbang.
26. Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti
menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke
katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal
berbuat demikian.
27. Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba denagn memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.
28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.
29. Bawa bayi anda ke katil waktu dia sedar dan beri masa untuk dia
tidur dengan sendirinya. Selalunya antara enam sehingga lapan minggu
usianya cara ini boleh digunakan.
30. Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu bayi tidur dengan mudah. Sesuai untuk bayi baru lahir.
31. Lalukan aktiviti permainan di atas katil secara tetap sebelum tidur. Jangan terlalu lama. Kemudian ajak bayi tidur.
32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam. Mungkin bayi
sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi
keselesaan pada si manja.
33. Hiduk bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu pernafasannya.
Bantal yang tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan baik.
34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah pilihan yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.
35. Bilik yang bersih memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.
36. Dakapan yang penuh dengan kasih sayang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan bayi berasa dirinya dihargai.
37. Katil yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan untuk membantu bayi tidur dengan lena.
38. Galakan aktiviti di sianga hari separti barmain, bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih diwaktu malam.
39. Dekorasi bilik tidurnya yang menarik juga membantu bayi suka akan tempat tidurnya.
40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan tidur kembali mungkin ia
tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia sehingga ia tidur
kembali.
Sunday, October 7, 2012
Tips bayi tidur lena
Posted by Anis Farisha at 8:21 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment