BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 7, 2012

Carta Khas untuk jadual tidur bayi dan kanak-kanak  .

Jika seorang bayi dalam lingkungan 3 bulan hingga 1tahun perubahan tidurnya beransur-ansur akan berbubah mengikut usianya. Jika sewaktu 3 – 5 bulan tidur mereka tiada masalah kemungkinan 6 – 9 bulan mereka akan berubah. Ada diantara bayi dalam lingkungan usia ini sudah mula aktif untuk merangkak, memapah dan ada yang mula menunjukkan mula mahu berjalan. Sebab itu apabila waktu malam, waktu sepatutnya mereka perlu tidur mereka akan terjaga untuk berlatih melakukan aktiviti siang mereka. Ada juga bayi yang terlebih tidur pada waktu siang (lebih dari 3jam) mereka akan bagun ditengah malam untuk bermain, dan mahu melakukan aktiviti yang sepatutnya mereka lakukan pada siang hari.


Jadi cara untuk mengelakkan bayi dalam lingkungan usia ini terjaga pada waktu malam adalah :-

1) Semak dengan pengasuh anda berapa jam bayi anda tidur pada waktu siang. Jika waktu siang mereka tidur 4 jam lebih, anda terpaksa lewatkan waktu tidur pada malam hari, untuk mengelakkan dia terjaga pada waktu yang tak sepatutnya. Pastikan jumlah tidur bayi anda cukup (10jam – 13jam sehari) itu adalah jumlah waktu tidur normal bagi bayi.
2) Seperti yang saya pernah share sebelum ini, pastikan keadaan bayi anda sentiasa selesa sebelum dia tidur (lampin kering, baju dan seluar yang dipakai tidak basah) jika perlu lapkan badan mereka sebelum mereka tidur.
3) Mungkin bayi lapar dan beri mereka susu, jika susu pun sudah diberi namun masih tidak mahu tidur, cuba berbual-bual dengan bayi anda. Bercakap seolah-olah anda memahami keadaannya, tenangkan dia sekiranya dia menangis. Letakkan minyak angin diperut dan telapak kakinya dan urut perlahan ..
4) Cuba dodoikan simanja anda, sehingga dia dia betul-betul tidur, dengan cara membacakan buku cerita atau dengan zikir-zikir alaman harian.
5) Jika masih tidak mahu tidur, cuba ubah lokasi tempat tidur, jika bayi anda biasa tidur didalam bilik, cuba ubah tidur diruang yang lebih berangin seperti diruang rehat, atau ruang tamu.
6) Jangan marah atau meninggikan suara kerana perkara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah mereka akan terus menangis.
7) Sebagai umat islam, cuba minta suami anda mengazankan anak anda di telinga kiri dan kanan mungkin dia diganggu.
9) Biasakan sebelum tidur anda membacakan surah / ayat Kursi  dan hembus di telinga bayi anda. (Seperti mana yang kita tahu ayat ini banyak manfaatnya. selain melindungi diri dari gangguan syaitan, klik sini untuk ketahui fadilat ayat Kursi) Niat didalam hati “Ya. Allah tidurkan lah bayi ku ini sehingga ke subuh hari, lindungilah ia dari gangguan iblis dan syaitan. Semoga dia (sebut nama bayi anda) lena tidur.. Amin”
10) Bawa anak anda berjumpa Doktor jika masalah yang anda alami tidak dapat diselesaikan.

Dibawah ini pula adalah Jadual Waktu tidur bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan keatas.
Umur Waktu tidur Malam  Waktu tidur Siang Anggaran Tidur yang diperlukan
2 Tahun 10 ke 12 Jam 1 ke 3 Jam (1 kali tidur) 13 hours
Tahun 9 ke 12 Jam 1 ke 3 Jam (1 kali tidur) 12 to 13 hours
4 Tahun 9 ke 12 Jam 0 ke 2.5 Jam(1 kali tidur atau tidak perlu) 11 to 12 hours
5 Tahun 8 ke 11 Jam 0 ke 2.5 Jam(1 kali tidur atau tidak perlu) 10 to 11 hours
6 Tahun 10 ke 11 Jam none 10 to 11 hours
7 Tahun 10 ke 11 Jam none 10 to 11 hours
8 Tahun 10 ke 11 Jam none 10 to 11 hours
Sekian, Selamat mencuba.. :)

0 comments: